Friday, March 7, 2008

PeTuA/TiPs JaDiKaNLa aMaLaN


PETUA KECANTIKAN YANG MUDAH DIAMALKAN

Terima kasih kerana melawat blog ni.Blog ini saya wartakan adalah untuk berkongsi kepada semua pembaca tips-tips untuk menjadikan diri anda lebih menyerlah dan yakin. Segala petua-petua yang saya sediakan adalah hasil daripada pembacaan, pengamalan(teman-teman,family dan diri sendiri). Saya khaskan petua-petua ini juga buat teman-teman seasrama saya yang sangat bimbang tentang penampilan diri(jangan bimbang geng,kamu semua cute). Tetapi kemungkinan hasil yang diperolehi oleh setiap individu tentunya berbeza. Maka dengan itu, sebarang kebarangkalian adalah tanggunjawab anda sendiri. Tapi yang pastinya petua2 di bawah ini,bukannya rekaan semata2 kerana sememangnya ia selalu di amalkan oleh sekalian manusia yang ada di muka bumi ini. BETUL…..So lets hayati content kat bawah tu ;

1)MERAWAT JERAWT

i) YOGURT

bahan-bahan : yogurt ( whatever yogurt di pasaran)

cara sediakan : letakkan yogurt ke muka selama 10-20 minit.sesudah itu, barulah basuh

muka dengan air.Sebaiknya gunalah setiap hari sebagai masker.


ii)BAWANG PUTIH
bahan-bahan : 1 bawang putih(hancur), 1 sudu kecil jus karot,1 sudu kecil madu,
dan puti telur(satu biji telur ayam).

cara menyediakan : pukul dahulu telur sehingga kembang.selepas itu, campur suma bahan-bahan tadi sehingga sebati.(letakkan bahan td dibahagian muka yang bermasalah sahaja)contohnya jerawat.

iii) UBAT GIGI

bahan-bahan : ubat gigi

cara menggunakan : letakkan ubat gigi di bahagian bermasalah sahaja.Ubat gigi mengandungi kandungan air dan akan mengewap seterusnya akan mengeringkan jerawat

2) MENGHILANGKAN KELEMUMUR

bahan-bahan:santan kelapa dan garam

cara menyediakan :Ambil santan kelapa, campur sedikit garam, lumurkan di kepala dan bungkus kepala dengan tuala selama 5 minit.n then bilas.Jika hendakkan hasil yang memuaskan amalkan 2 kali seminggu.

3) MENCEGAH MUKA DARIPADA BERMINYAK

caranya : kurangkan makan,makanan yang berminyak, sentiasa mencuci muka(selepaskeluar rumah setidaknya2 lapkan muka dengan tisu/kain lembab),elakkan menggunakan losyen muka yang mengandungi “mineral oil” dan gunakanlah pencuci muka yang berasaskan air dan bukan jenis berminyak,minum air banyak setiap hari, dan menggunakan make-up remover untuk membersihkan solekan dimuka.


4) MENYEGARKAN RAMBUT

Bahan-bahan : limau nipis

Cara menyediakan : hiriskan limau nipis dan gosokkkan keseluruh kepala.Selepas beberapa minit barulah cuci.Limau nipis ini jg boleh menghilangkan rasa pening, menyejukkan kepala dan jg menghilangkan kelemumur.


5) PETUA KEMPISKAN PERUT

Bahan-bahan : Limau nipis dan teh

Cara menyediakan : Perah limau nipis dan teh tanpa gula.Amalkan petua ini sekerap yg mungkin utk mendptkan hasil yg lebih lumayan.Sebaik2nya teh yang di minum itu adalah teh panas suam.

6) PENAWAR RESDUNG

Bahan-bahan : Air Mati (skyjuice)

Cara merawat : Hanya mengamalkan menyedut air ke dalam hidung. Selepas itu picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati (lakukan kedua-dua hidung). Lakukan petua ini selepas anda keluar rumah dan lakukan sekerap yang boleh.Senang sahaja caranya.

7) MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA

Bahan-bahan : Sebiji tomato

Cara merawat : Tumbuk tomato hingga halus.Selepas itu, letakkan tomato tadi di seluruh muka dan biarkan selama 20 minit. Amalkanlah 2/3 kali seminggu.

8) MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT

Bahan-bahan : kayu manis, air, dan bedak sejuk.

Cara menyediakan : Tumbuk kayu manis tadi sehingga lumat dan campurkan sedikit air.Campurkan bersama-sama dengan bedak sejuk. Kemudian letakkan di tempat yang berparut. Tips ini juga boleh menghilangkan bintik2 hitam dan jerawat di muka.


9) PENYERI MUKA

Bahan-bahan : daun teh / putih telur

Caranya : Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam selama 10 minit.Selepas itu,seperti biasa pigi la cuci gan air dan bukan air berperisa coklat or whatever la k.Selain itu, anda juga boleh menggunakan putih telur untuk mendapatkan the same benefit. Wait until 10 minute and then cuci la muka tu. Amalkan 1minggu sekali.

SELAMAT MENCUBA DAN AMAL-AMALKANLAH TIP2 INI!!!

Petua ini akan lebih cepat berkesan dengan diri anda apabila anda kerap mengamalkan petua2 tersebut. Semua petua yang saya tuliskan tadi berdasarkan rungutan kawan2 terhadap diri mereka dan menbuatkan hati saya tergerak untuk mencoretkan petua2 tersebut khas buat mereka. So korang wajib baca n amalkan tau.

Petua-petua yang lebih menarik akan saya sediakan di hari yang len dan mengikut kelapangan saya… so stay tuned and rajin2kan diri utk melawat blog saya ini.ok?

Jika hendak berkongsi tips2 anda bersama saya emailkan afie_fantagiro@yahoo.com.

STAY COOL

3 comments:

Mett JR said...

good post....i will try....if ade lg,post bebanyak ok??

fantagiro gurlz said...

thankz...try la petua yg sy provide tu...insyaALLAH when i have a time i will send more interesting tips 4 all...stay tuned..

nizam_yusoff said...

update..update...haha